11 December 2009
Tidak sabar rasanya hendak tunggu ayah pulang...
bila dia pulang, dia bawakan jubah berwarna hitam dari tanah suci Makkah.(khas untukku):D
Bagaimana ya rasanya, apabila ayah pulang membawa oleh-oleh dari sana. Asal ayah tahu, keluargamu di sini sangat merindui mu. Ingin ku katakan , sejak ketiadaanmu di sini, aku merasakan kesunyian di sini walaupun adik-adik di sini saling memeriahkan rumah ini. Nanti berada di sana, doakan kami di sini.Pernah aku tanya ibu, "Tidakkah beliau merasa rindu untuk ke sana?" . Entahlah rasa-rasanya, tidak ingin aku bercerita tentangnya...
Alhamdulillah, ayah tidak perlu bimbang tentang keperluan sekolahku. Siang tadi, sudah aku siapin semuanya. Cuma, aku berasa sedih kerana adik lelakiku tidak berkesempatan untuk memasuki sekolah yang diidam-idamkannya...Semoga Allah memberkati persekolahannya tahun depan...
Tahun depan rasanya jauh lagi...Tak sanggup rasanya mahu ke sekolah. Dah lama sangat otakku tak "bekerja"...Agaknya, ayah rasa kecewa terhadap result subjek Inggerisku?. Aku tidak bermaksud untuk tidak membaca buku Ingeris seperti yang disarankan olehmu. Cuma aku agak keberatan untuk membacanya. Mungkin, ayah tidak tahu bahawa aku minat pada buku-buku Melayu daripada bukubuku Inggeris.Ingin aku katakan yang aku akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan markah yang ayah minta.Doakanlah aku...
Untuk Abangku yang disayangi,
Sudahkah abang membaca postku yang lepas? Maaf jika ia menghantuimu...Abang tidak keberatankan jika aku menulisnya di blogku sendiri? Cuma inilah satu-satu cara bagi menyedarimu. Niatku ikhlas kok...Aku berharap SESANGAT abang jauhi perkara mungkar sebegitu... Kerana abanglah, aku meletakkan lagu"Taubat Seorang Hamba" di blogku. Semoga abang terkesan setelah mendengarnya:)
Rasa-rasanya sudah banyak kali aku bertengkar dengan adik lelakiku.Namun kami bertengkar begitu sahaja. Setelah itu kami berbaik semula..Itulah perkara yang ingin aku tekankan kepada adik perempuanku. Semoga sakit hatinya terhadap adik lelakiku hilang.
Selanjutnya,tentang kisah keluargaku tunggu esok-esok ya...:D