21 August 2009
Diriku kaku untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustazah. Terasa ngilu rasanya untul mengimbas kembali kejadian- kejadian pahit dalam hidup. Sungguh, ku katakan aku tidak terkata...
Ayah,
Sampai bila engkau mahu mengurungku dalam keadaan yang tidak serasi dengan kehidupanku.
Tidak tertahan rasanya untukku merasai kenangan-kenangan pahit yang telah kau berikan kepadaku
Tidakkah engkau mendengar rintihan hati seorang anak yang tidak sanggup untuk melukai hatimu.
Aku adalah anak yang mahu bebas,...bebas seperti seekor burung yang boleh terbang setinggi-tingginya...
Tidak cukupkah untuk aku mendengar dan mengikuti kesemua kata-katamu tanpa memperdulikan kemahuan aku sendiri.
AYAH,FAHAMILAH DIRIKU
Aku bukan anak kecil lagi..
Engkaulah yang telah merubah kehidupanku
Aku tetap bersabar
Hingga tiba masanya nanti..
Aku Sayang Ayah.